AMarkets App Aplikasi perdagangan terbaik
Stars 4.9

Terma dan Syarat Program “Jemput Rakan”

1. Pengenalan

Terma dan syarat ini mengawal selia program rujukan “Jemput Rakan” AMarkets. Dengan mengambil bahagian, semua peserta bersetuju dengan syarat ini. AMarkets berhak untuk mengubah suai syarat program rujukan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Program rujukan “Jemput Rakan” berkuat kuasa dari tarikh penerbitan dan kekal sah untuk tempoh yang tidak ditentukan. AMarkets kekal dengan hak untuk menggantung program secara unilateral pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

 

2. Istilah dan Definisi

  • Program rujukan – inisiatif pemasaran oleh AMarkets bertajuk “Jemput Rakan.”
  • Perujuk/Refferer – pelanggan AMarkets sedia ada yang menjemput rakan atau kenalan untuk membuka akaun dengan AMarkets dan terlibat dalam aktiviti perdagangan atau pelaburan.
  • Rujukan/Referral – pelanggan AMarkets baharu yang dijemput oleh Perujuk.
  • Tindakan sasaran – syarat khusus yang mesti dipenuhi oleh Rujukan untuk menyertai program.
  • Pautan rujukan – pautan unik yang disediakan oleh Perujuk, yang digunakan oleh Rujukan untuk mendaftar dan membuka akaun.
  • Kod rujukan – kod unik yang diberikan kepada Perujuk, dimana Rujukan mesti masukkan semasa pendaftaran atau dalam bahagian “Jemput Rakan” di Kawasan Peribadi AMarkets mereka. Dengan memasukkan kod Rujukan, pelanggan baharu menjadi Rujukan.
  • Ganjaran – bayaran tunai yang diberikan kepada Perujuk setelah memenuhi syarat program.
  • Bonus – bonus dagangan dikreditkan kepada Rujukan apabila memenuhi syarat program.

Terma yang tidak ditakrifkan secara eksplisit di sini akan ditafsirkan mengikut Perjanjian Pelanggan.
 

3. Keperluan untuk Perujuk

Untuk menyertai program “Jemput Rakan” sebagai Perujuk, pelanggan mesti:

  • Mempunyai akaun dagangan dengan AMarkets. Jenis akaun Standard layak untuk program ini.
  • Lengkapkan proses pengesahan pelanggan, termasuk e-mel, telefon dan pengesahan identiti.
  • Deposit sekurang-kurangnya $50 ke dalam akaun dagangan mereka.
  • Deposit sekurang-kurangnya $50 ke dalam akaun dagangan mereka. Hasilkan perolehan dagangan melebihi 0,5 lot dagangan standard dengan salah satu dagangan berikut: Mata Wang atau Logam. Apabila mengira hasil dagangan, urus niaga berikut tidak akan diambil kira:

1) Transaksi dengan tempoh kurang daripada dua (2) minit;

2) Transaksi di mana order yang telah ditutup adalah kurang daripada lima (5) pip untuk semua instrumen, kecuali XAU/USD, di mana keputusan minimum yang diperlukan ialah lima puluh (50) pip.

  • Bukan rakan kongsi AMarkets sedia ada.

 

4. Keperluan untuk Rujukan/Referral

4.1 Rujukan mestilah pelanggan baharu yang belum pernah berdaftar dengan AMarkets sebelum ini.

4.2 Rujukan mesti mendaftar menggunakan pautan Rujukan atau kod Rujukan yang sah.

4.3 Kod Rujukan mesti dimasukkan dan diaktifkan sebelum membuat deposit pertama ke dalam akaun dagangan langsung.

4.4 Rujukan mesti berjaya melengkapkan proses pengesahan pelanggan, termasuk pengesahan e-mel, nombor telefon dan identiti.

4.5 Alamat IP dan/atau peranti Rujukan tidak boleh bertindih dengan alamat IP Perujuk.

4.6 Rujukan mestilah bukan saudara/kerabat Perujuk.

 

5. Ganjaran di bawah Program Rujukan

5.1 Rujukan menerima Bonus selepas melengkapkan semua tindakan sasaran. Dana bonus akan dikreditkan secara automatik dalam masa beberapa jam selepas deposit akaun dan memenuhi semua syarat program ini. Bonus dikreditkan hanya jika akaun Standard dideposit.

5.2 Rujukan menerima bonus dagangan 20% pada deposit pertama mereka, dikreditkan mengikut Terma dan Syarat Bonus.

5.3 Perujuk menerima Ganjaran setelah syarat berikut dipenuhi:

  • Jumlah deposit Rujukan dalam masa tiga puluh (30) hari dari deposit awal mereka sama atau melebihi $50.
  • Rujukan telah menjana hasil dagangan melebihi satu (1) lot dagangan standard dalam instrumen milik salah satu instrumen dagangan berikut: Mata Wang atau Logam. Apabila mengira hasil dagangan, urus niaga berikut tidak akan diambil kira:

1) Transaksi dengan tempoh kurang daripada dua (2) minit;

2) Transaksi di mana order yang telah ditutup adalah kurang daripada lima (5) pip untuk semua instrumen, kecuali XAU/USD, di mana keputusan minimum yang diperlukan ialah lima puluh (50) pip.

  • Rujukan tidak melanggar mana-mana terma dan syarat yang ditetapkan dalam Klausa 4 Terma dan Syarat ini.

5.4 Kedua-dua Perujuk dan Rujukan akan menerima notifikasi dalam Ruangan Peribadi mereka apabila menerima Ganjaran masing-masing.

5.5 Ganjaran Perujuk ialah 25 USD dan dibayar hanya selepas Rujukan melengkapkan tindakan sasaran, termasuk mencapai hasil dagangan sekurang-kurangnya 0,5 lot dalam tempoh 90 hari selepas deposit pertama mereka. Kegagalan memenuhi syarat ini akan mengakibatkan Ganjaran dilucutkan.

5.6 Jika jumlah deposit Rujukan dalam tempoh 30 hari dari deposit pertama mereka berjumlah kurang daripada $50, Ganjaran untuk Rujukan juga akan dilucutkan.

5.7 Perujuk layak mendapat hanya satu Ganjaran bagi setiap Rujukan.

 

6. Syarat Tambahan

6.1 Rujukan tidak boleh mengambil bahagian dalam promosi “Jemput Rakan” dan program affiliate syarikat secara serentak.

6.2 Tiada had kepada bilangan Rujukan yang boleh dijemput oleh Perujuk.

6.3 Rujukan kemudiannya boleh menjadi Perujuk, tetapi Perujuk tidak layak menjadi Rujukan. Begitu juga, Perujuk tidak boleh menjadi Rakan Kongsi.

6.4 Jika AMarkets mengenal pasti sebarang aktiviti penipuan oleh Perujuk atau Rujukan, syarikat berhak untuk membatalkan Bonus, menahan Ganjaran, dan melarang penyertaan selanjutnya dalam program “Jemput Rakan”.

6.5 Dengan menggunakan pautan Rujukan, Rujukan dianggap telah menerima terma dan syarat ini.

 

info@amarkets.com
Date of Last Revision 17/06/2025
AMarkets LLC registered in the Cook Islands with registration number LLC14486/2023